Jumat, 25 November 2011

DOA UNTUK BAPAK DAN IBUKU TERSAYANG

Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka 

Dan Lembutkan hatiku untuk mereka......... 
 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku 
Dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan  
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka 
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenaan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda


Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, 
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu 
di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu.......... 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 



Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita irundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
 

Istighfarlah,Istighfarlah...  
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.  


Bapak... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...    

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

leave comment here!